Monday, May 14, 2012

* MEI 2012 *

       Salam buat semua...Hmmmm..Pejam celik,pejam celik cepat je masa berlalu.Dah masuk bulan Mei.Rasa macam baru je orang kecoh2 sambut tahun baru 2012.Maknanya kita pun dah makin tua matang(matang la sangat...).Bulan Mei ni,memang banyak hari memperingati.Tu yang sampai tak teringat-ingat tu.Hari Ibu lah,Hari Belia lahh,Hari Guru lahhh...dannnn paling mesti tak lupa,HARI JURURAWAT.Bangga dan bersyukur sebab saya disambut utk Hari Ibu dan Hari Jururawat dan saya harap,satu hari nanti saya juga kan menyambut Hari Guru,insyaAllah moga rezeki ALLAH swt menyebelahi saya.Tapi,jadi nurse ni pun,cikgu jugak pe..Educate pesakit..ok la tu..
      

                 *  12 MEI = HARI JURURAWAT  *

      Memang kalau tanya pada orang sekeliling,kebanyakan orang tak tau adanya sambutan hari jururawat.Kesian kan insan-insan bergelar jururawat.Demi ALLAH,kami menjaga kalian dan keluarga kalian sepanjang di wad sama seperti sayangnya kami pada keluarga sendiri.Kami sangat susah untuk bercuti.Kadang-kadang,ayah,mak,anak atau suami sendiri tak sihat pun,kami masih datang kerja walaupun hati sedikit berat.Harapan sangat tinggi supaya ALLAH mudahkan dan sentiasa memberi kesejahteraan buat keluarga kami sepanjang kami  meninggalkan mereka untuk bertugas.
   Sape pulak perempuan nih???Haa...ni la dia Florance Nightingal.Hari Jururawat ni diambil sempena tarikh kelahiran beliau.Mengikut sejarah,beliau digelar "The lady with the lamp”, maksudnya “Wanita bersama dengan lampunya”(betul la kan kalau translate ke BM???).Tapi apasal la orang panggil gitu?Diceritakan masa zaman perang Crimean dalam tahun1854, beliau selalu melawat dan merawat tentera perang pada waktu malam sambil bawa lampunya untuk melihat askar-askar perang yang cedera yang memerlukan bantuan(cam buat ward round la..)


      Florence juga adalah seorang penulis dan telah menulis sebuah buku yang bertajuk ” Notes on Nursing” iaitu buku pengenalan tentang kejururawatan yang mengandungi 136 muka surat.Beliau juga adalah seorang yang berpengetahuan dan seorang pakar statistik.Florence Nightingale telah meninggal dunia pada 13 Ogos 1910 di bilik tidurnya masa umur 90 tahun.
    Walau apa pun sejarah pasal Florance Nightingal ni,jangan sekali-kali kita lupa tetang peranan serikandi Islam yang sangat besar pengorbanannya sepanjang tempoh penyebaran agama suci kita.Antaranya,isteri junjungan besar kita,nabi Muhammad saw iaitu Saidatina Khadijah binti al-Khuwailid dan puteri-puteri baginda,Zainab,Ruqaiyah,Ummu Kalthum dan puteri bongsu baginda Fatimah az-Zahra r.h.a.Kekuatan mereka sepanjang tempoh nabi Muhammad menyebarkan Islam sangat memberikan kesan dan mereka juga dianggp sebagai tokoh jururawat muslimah dalam sejarah Islam.Kerana jasa baginda dan barisan srikndi itulah membawa kita hidup bertuah sebagai seorang muslim.
    
masa kursus CPR
      Semoga ALLAH swt memberkati hidup saya dan seluruh keluarga sepanjang tempoh bertugas sebagai seorang jururawat.Moga terpelihara hati saya daripada rasa tidak ikhlas apatah lagi mengungkit apa yang saya lakukan dalam tugas saya.SELAMAT HARI JURURAWAT buat semua insan mulia yang bergelar jururawat.Yakin lah,setiap titis keringat kita insyaAllah akan menjadi saksi untuk kita hidup senang 'di sana' kelak.AMIN...
ni antara kwn2 wad ICU..luv u all...




                                *    13 MEI = HARI IBU  *
Amin ya rabb...

      Tiap tahun,beberapa negara cam Malaysia,Brunei,Bangladesh dan Australia ambik tarikh ni untuk sambutan hari ibu.Kalau ikut sejarah,hari ibu ni disambut sempena penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka.Dalam tempoh ni, sebahagian orang Kristian akan berhenti buat atau makan makanan tertentu atas alasan agama sebagai tanda hormat kepada Mother Mary iaitu Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
     Tu sebab kebelakangan ni,ramai para ilmuan agama memaklumkan kepada kita semua bahawa hari ibu tu haram disambut.Wallahu'alam..sy bukan seorang yg alim tentang agama.Saya tak berani menyangkal dengan mengatakan "ya..saya setuju" atau "tidak..saya tak setuju" tentang perkara ni.
      Apapun,sekalung peghargaan buat ibu saya Hajah Siti Mariam binti Haji Kaderi dan ibu mertua saya Pn Musliha binti Yusof kerana menjadi seorang ibu terbaik dan tabah dalam membesarkan saya dan suami.Semoga ALLAH swt menjanjikan syurga buat kalian berdua.Amin ya rabbal alamin..



 <   Mak saya..





             Mak mertua saya  >









                                  * 16 MEI =  HARI GURU *


     Masa zaman sekolah dulu,tiap kali 16 Mei je,mesti ada sambutan hari guru kat sekolah.Time tu la kadang-kadang rasa best sebab rehat kejap dari dok kat kelas(malas ke saya masa dulu ek????).Sebelum sampai hari tu,sibuk la nak cari hadiah apa nak bagi pada cikgu-cikgu kesayangan.Untungnya jadi cikgu kan..Tapi kesian tengok cikgu-cikgu sekarang.Banyak benda kena buat untuk betulkan student dorang yang kadang-kadang makin ramai yg buat keje tak betul.Bila marah lebih sikit,mak ayah pulak datang serang,masuk surat khabar,report polis.Tak pasal2 glamer tanpa sebab..
       SELAMAT HARI GURU buat abah,kak fiza(kakak saya),abg nazri(abg ipar saya),makcu(makcik saya),k.yani(kakak ipar saya) dan semua kenalan yg bergelar guru.Tak lupa buat guru-guru saya yang tak pernah saya lupa jasa bakti mereka.Berkat keringat kalian,saya menjadi seperti sekarang.Juga buat ibu saya,mak adalah guru saya di rumah.Sangat besar kesan tunjuk ajar mak dalam hidup saya..

Tuesday, March 20, 2012

SELAMAT DATANG SAYANG...

   Hmmmm...sewaktu saya menulis entry ini,saya sangat teruja,gembira yuhuuu...tapi tak lupa,syukur ALHAMDULILLAH kerana Allah swt mengizinkan saya dan suami untuk menikmati rasa kegembiraan itu sekali lagi dan kali ini akan kami kongsikan bersama puteri sulung kami(walaupun saya tahu,Nisa' bukan faham sesangat akan kegembiraan kami).Ya,saya positif atau dengan kata lainya,Alhamdulillah saya mengandung anak kedua kami sebagaimana yang kami amat harap-harapkan ia akan berlaku pada tahun ini.Dalam kegembiraan yang tak terhingga,memang terselit rasa bimbang yang amat sangat memandangkan kandungan saya baru saja mencecah 11 minggu.Masih terlalu awal,tapi amat besar harapan saya semoga bakal zuriat kedua ini kuat melekat pada rahim saya hingga selamat saya melahirkannya.

    Masih segar dalam ingatan saya sewaktu pertama kali mendapati timbul 2 garisan pada kit ujian kehamilan yang saya beli di Watson The Mines 2 tahun lepas iaitu semasa mengandungkan Nisa'.Gembira bukan kepalang,terus ajak suami buat ultrasound di Klinik Alam Damai.Sah!!Saya mengandung.Ya Allah,tak dapat digambarkan perasaan masa tu.Benar kata orang,saat partama dikhabarkan dengan kehadiran janin dalam rahim,adalah satu perasaan yang sukar dinyatakan dengan kata-kata.
     Memang sangat berbeza kandungan pertama dengan yang ke dua ini.Badan mudah letih dan mata selalu saja terlelap(tertidur dengan lama sebenarnya...).Dulu,sewaktu megandungkan Nisa',lepas penat bekerja di wad pun,saya mampu merayap berjam-jam lamanya.Tapi sekarang,ajak makan dekat dengan rumah pun,saya selalu menolak atas alasan,PENAT!!!...
     Saya harap sangat-sangat,Nisa' akak gembira,senang hati,sayang,sanggup berkongsi bla..bla..bla.. dengan adiknya nanti.Nisa' suka pegang perut saya dan cakap "Baby,kakak ni.Num cucu".Sangat senang dengan perbuatannya tu dan saya harap kekal sampai adiknya lahir nanti.'Nisa' and future adik,ibu dan ayah sayang kamu berdua..'


        DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHI.YA ALLAH,PELIHARALAH ANAKKU SELAMA DI DALAM KANDUNGANKU DAN SEMBUHKANLAH IA(DARI SEBARANG BALA,PENYAKIT DAN KECACATAN).ENGKAU MAHA PENYEMBUH,TIADA SEMBUHAN MELAINKAN PENAWARMU,SEMBUH YANG TIDAK MENINGGALKAN SEBARANG KESAN BURUK.YA ALLAH,LAHIRKAN ANAK DI DALAM KANDUNGANKU DENGAN KELAHIRAN YANG MUDAH DAN SEJAHTERA.
       YA ALLAH,JADIKANLAH ANAK INI SIHAT DAN SEMPURNA KEJADIANNYA,ELOKKANLAH PERANGAI DAN AKHLAKNYA,FASIHKANLAH LIDAHNYA DAN PERELOKKANLAH SUARANYA UNTUK MEMBACA HADIS DAN AL-QURAN DENGAN BERKAT NABI MUHAMMAD SAW..AMIN YA RABBAL ALAMIN...

Thursday, February 2, 2012

NIKMAT KESIHATAN ITU INDAH..

     Terlalu lama saya tidak menjenguk apatah lagi mencatat apa-apa dalam laman  ini.Bukan kerana sibuk,tetapi dek kerana rasa 'malas' untuk berebut laptop mahupun PC dengan anakanda puteri sy yg sangat 'pantang'  bila melihat ia terbuka.Selama tempoh tersebut,pelbagai cerita sebenarnya ingin saya kongsikan.Sebagai seorang ibu,tika anak diberikan kesihatan itulah saat yg sangat menyenangkan.Melihat senyum dan tawa mereka,cukup membahagiakan.Tetapi,bila datang masa Allah swt ingin menguji kita dengan ketidaksihatan anak,sememangnya itulah saat getir dan membuatkan kita benar-benar lemah.Itulah apa yg saya dan suami pernah rasakan pada hari pertama apabila anakanda kami Khairunnisa Farhana dimasukkan ke wad.Tetapi,bila berjumpa dgn ibu bapa yg anak mereka turut dimasukkan ke wad,kami insaf kerana nasib kami jauh lebih baik berbanding mereka.
     Tanggal 7 Mac 2011,saya dan suami nekad membawa Nisa' skali lagi ke A&E PPUM bila suhu badan Nisa' mencecah 40.1C. Sebelum itu,sudah 2 kali kami membawa Nisa' ke A&E,tp disuruhbalik semula ke rumah kerana dikatakan cuma Viral Fever.Kebimbangan kami betul-betul jadi kenyataan bila doktor mengarahkan Nisa' perlu dimasukkan ke  wad Pediatrik 2 kerana telah didiagnosekan sebagai Rt Lower Lobe Pneumonia.Ya Allah,kesihannya anak kami.Betapa ringannya air mata masa tu apatah lagi sewaktu mendengar Nisa' meraung-raung minta dikasihani bila kedua-dua tangan dan kakinya ditusuk jarum.Sepanjang tempoh Nisa' ditahan,macam-macam yang saya fikirkan.Benar kata seorang sahabat saya suatu masa dulu,bila kita banyak tahu tentang satu penyakit tu,lagi teruk rasa risau kita.Ya,memang itulah yang saya alami.Saya cuba buang rasa takut itu jauh-jauh,tapi makin cuba untuk saya buang perasaan tu,makin ia berlari-lari  mengecamukkan hati saya ni.Alhamdulillah,setelah 4 hari Nisa, menerima rawatan,akhirnya dibenarkan
keluar.
     
    Dugaan kesihatan Nisa' tidak berhenti setakat itu sahaja,seminggu kemudian Nisa' mengalami cirit birit dan muntah yang teruk(Acute Gastroanteritis-AGE) sehinggakan anakanda puteri kesayangan kami itu tidak mampu berdiri sewaktu saya membawanya ke tandas untuk mencuci najis yg sudah keciciran di ruang tamu."ALLAH...kenapa dengan anak aku??"Air mata kembali ringan berjujuran.Segera saya bawa Nisa' ke A&E walaupun ini adalah kali ke 2 juga saya membawanya ke A&E hospital saya sendiri.Seperti yang saya jangkakan,sekali lagi saya diminta pulang semula ke rumah atas alasan Nisa' masih mampu menangis dengan keluar air mata.Sangat tidak puas hati dan hairan dengan pengurusan hospital sendiri terhadap staf mereka,saya nekad membawa Nisa' ke Pusat Rawatan Pakar Kanak-Kanak An-Nur,Bangi.Masuk saje ke bilik Dr.Khairul,perkataan pertama Dr itu ialah "kenapa anak Puan nampak dry sgt ni?"(walaupun masa tu tak sentuh pun lagi).Arahan seterusnya,Nisa' mesti masuk wad.Tapi saya tolak arahan masuk awad di An-Nur(bayaran RM450-RM500 utk 1 malam..humanggaiiiiii...bapak mahal..)Nak buat apa,saya staf hospital di tambah pula suami saya staf kerajaan,terlebih duit sgt kot kalau sanggup juga admit kat situ.Saya minta Dr.Khairul buat Refferal Latter kpd pihak hospital saya.Akhirnya,dapat juga Nisa' masuk wad(lagi!!) dan paling buat saya terkejut,bacaan Potasium/K+ Nisa' adalah 2.0!!!Gila,nk suruh nilai bacaan turun sampai berapa baru boleh anak saya dimasukkan ke wad???
 Baru-baru ni,anak seorang sahabat saya juga baru dimasukkan ke wad atas masalah usus.Saya faham malah sangat-sangat faham apa yang dirasai oleh sahabat saya itu.Semoga Allah swt mengembalikan kesihatannya seperti sediakala.Dan pagi ini juga(sewaktu saya kebosanan menunggu kereta saya di pusat servis Proton),rancangan Nasi Lemak Kopi O menghidangkan kisah anak kepada seorang ahli kumpulan Raihan,Che'Amran tentang anak mereka yang menghidap Brain Tumor dan mengharapkan bantuan utk rawatan anak mereka.InsyaAllah,saya akan membeli sebuah buku yang telah beliau hasilkan.Sekurang-kurangnya,walau saya tak bisa menghulurkan sumbangan yg banyak,nilai RM25 utk sebuah buku beliau itu memberikan secebis makna.
      Subhanallah...Sungguh besar nikmat kesihatan yang kau kurniakan buat kami.Saat melihat anakanda puteri kesayangan kami Khairunnisa Farhana tersenyum dan kadangkala tergelak besar semasa bermain dengan ayahnya,benar-benar membuatkan hati saya gembira.Ya Allah,kekalkanlah nikmat kesihatan ini buat kami dan jadikanlah kami sebagai hambaMu yang bersyukur.AMIN YA RABBALALAMIN....
     















Friday, April 8, 2011

BOTOL BPA FREE VS BOTOL POLIKARBONAT


        Baru-baru ni,sana sini kita dengar ibu bapa terutamanya golongan ibu bercakap-cakap tentang botol susu bebas BPA.Sehinggakan ada yang berlumba-lumba bercerita tentang ketaksuban mereka dalam membeli botol susu yang terbaik untuk si manja masing-masing.Memang begitu sifat semulajadi ibu dan ayah,hanya ingin memastikan permata hati sentiasa selamat dan sihat.
     Apa itu BPA sebenarnya?Mengapa heboh benar sana sini orang berbincang tentangnya???
     BPA atau bisphenol A adalah sejenis bahan kimia yang biasanya digunakan dalam industri pembuatan bahan plastik contohnya bekas makanan plastik dan botol susu anak kita.Dikatakan,bahan kimia ni boleh mengganggu perkembangan otak bayi,mempengaruhi sikap anak-anak dan mengganggu proses perkembangan semulajadi kanak-kanak seperti cepat baligh.Paling takut bila dikatakan BPA ni punca kanser.Wah...Wah..Wah..Ni yang buat kita makin kecut perut ni.Mana taknya,bila difikir-fikir,anak kecil kita paling kerap terdedah dengan bahan kimia ni(bagi yang dari dulu pakai botol susu BPA free,anda mesti tengah menarik nafas lega kann...).Dalam sehari,berapa kali mereka terdedah dengannya?kalau sebulan?kalau setahun?kalau bertahun-tahun???Huhhhh...moga ALLAH swt melindungi permata hati kita dari semua yang kita bimbangkan tu.AMIN...
      Pada September 2010,Kanada menjadi negara pertama yang mengharamkan penggunaan botol susu yang mengandungi BPA dan selanjutnya akan diharamkan 100% diseluruh dunia termasuk Malaysia.
     Berbalik pada ketaksuban ibu bapa dalam memilih botol susu untuk anak-anak,adakah nanti harga botol susu bebas BPA akan dijual serendah harga botol susu yang biasa digunakan oleh ibu bapa yang kurang berkemampuan.Kita semua maklum bahawa botol susu bebas BPA harganya adalah jauh lebih mahal.Sedangkan botol susu polikarbinat boleh dibeli dengan harga RM6-RM10 untuk 3 botol.Saya terfikir tentang perkara ini sewaktu ibu saya datang ke rumah dan terkejut apabila mendapat tahu harga sebiji botol susu anak saya sama dengan harga 3peket susu anak saudara.Kemudian saya ceritakan kepada ibu saya tentang saranan agar tidak menggunakan botol susu biasa.Ibu saya menjawab"Hmm..Jenuh la orang kampung yang mengopek kelapa,menebas nak beli botol susu lepas ni."  Ada benarnya kata-kata ibu saya tu.Kalau misalnya botol susu polikarbonat benar-benar diharamkan di Malaysia kelak,harap sangat harganya diturunkan serendah kemampuan rakyat biasa.
      Pernah terdengar sahabat bersungguh-sungguh bercerita tentang jenama botol susu yang dibelikan kepada anaknya ditambah pula dengan warna pilihan yang cantik.Seorang sahabat ini hanya mampu diam sahaja.Saya tahu,jumlah anaknya yang lebih dari dua orang ditambah pula dengan hidup di bandar menjadikan dia tidak mampu memilikinya walaupun dia tahu tentang risiko botol susu yang ada sekarang.
      Bila dikatakan BPA ni mempengaruhi sifat kanak-kanak dan cepat baligh,takut juga mendengarnya.Adakah itu punca generasi sekarang lebih advance berbanding generasi sebelum ini?Masih di sekolah rendah sudah pandai buat benda yang bukan-bukan.Na'uzubillahiminzalik...Semoga ALLAH swt memelihara zuriat dan keturunan kita daripada bala keruntuhan moral yang makin menjadi-jadi kebelakangan ni.
     Saya tak berani nak kata "MARI KITA BELI BOTOL SUSU BEBAS BPA UNTUK ANAK-ANAK KITA" tapi seeloknya kita tukar botol susu yang ada sekarang kepada yg lebih baik mengikut saranan andai berkemampuan.Bagi yang kurang mampu,jangan binbang,ALLAH lebih tahu tentang apa yang kita tidak tahu.Doa dari ibu dan ayah itu tiada hijab nya,berdoalah semoga permata hati kita terpelihara daripada semua benda yabg kita takuti dan yang kita tak ingini...

Monday, December 27, 2010

KENYANG PERUT,SENANG HATI...

   Semalam saya bercuti sbb ketua wad saya akhirnya 'mengizinkan' untuk saya bercuti.Walaupun cuti yg dibagi nampak panjang(iaitu 3hari),tapi cuti tahunan saya masih berbaki 27hari lg(bestnya klu dibagi habiskan cuti sampai akhir bulan ni...MUSTAHiL!!!).Disebabkan cuti yg dibagi tu,sy manfaatkan sepenuhnya dgn mengemas rumah(yg cantik sikit drp kapal lpas karam) dan memasak buat suami.Terfikir juga,klu ditakdirkan sy ni bekerja dr rumah,sure rumah sentiasa kemas dan suami makin 'mengembang'....
   Siap je kemas rumah,sy terus bergegas ke dapur.Dgn penuh excitednya,sy nak meMASAK,salah satu drpd hobi sy selain meLANTAK..Sy dah siap buat rancanagan sejak tgok jadual yg menyatakan sy dpt AL 3hari dan 1hari DO..Sy akan MASaK+KeMAS rUMAh...mesti!!mesti!!mesti!!Jom sy share apa yg sy masak.Memang betul kata org,GENDANG GENDUT TALI KECAPI.KENYANG PERUT SENANG HATI.Lepas je makan,suami asyik tersengeh2 aje...

PUDING KARAMEL

 Bahan A
  • 4 biji telur
  • 1 tin susu cair(sejat F&N)
  • 3 sudu susu pekat manis
  • 2 sudu kecil asen vanilla
Bahan B
  • 1 cawan gula(ikut citarasa,boleh kurangkan)
  • 1 cawan air 

Cara-caranya:

1) Campurkan semua bahan A dan pukul sebati sampai kembang.Bila dah kembang,ke tepikan.

2) Masukkan  gula bersama air dalam periuk.Masak sampai pekat dan berubah warna.Bila dah nampak warnanya berubah(kalau nk cantik,jgn biarkan warna berubah terlalu coklat/perang),tuang dalam loyang.Biarkan ia mengeras dalam loyang tu.
2) Tuangkan bahan A yg dah dipukul kembang ke dalam loyang yg berisi gula tadi.Masak dalam pengukus hingga masak.Nak tahu camne ia dah masak???Cucuk je pakai garfu/lidi sate.Klu tak melekat padanya,maknanya dah masak la tu.

Cara menghidang:
* Biarkan puding tu sejuk,baru dihidangkan.
* Telangkupkan puding ke atas pinggan supaya bahagian warna perang gula tadi     
   menghala ke atas.




POPIA GORENG BERDOKONG                             
*   Kenapa nama dia camni??Sebab sy goreng popia ni sambil 'terpaksa' dokong anakanda KHAIRUNNISA.
^AMARAN KERAS: MEMASAK SAMBIL DOKONG ANAK ADALAH SATU RISIKO.BERHATI-HATI sbb kadang2 kaki dorang suka menguis-nguis..^

Bahan inti
  • bawang merah
  • bawang putih
  • lada hidup(kalau suka pedas)
  • minyak masak untuk menumis
  • garam
  • daging/ayam/sosej(ikut citarasa)
  • 2 biji telur 
  • sayur campur(yg ada kacang merah,jagung,carrot kat pasaraya tu..)
Bahan lain:
  • kulit popia(dah siap ada jual kat pasaraya)
  • minyak (untuk menggoreng)

Cara-caranya:
*PASTIKAN KULIT POPIA DIKELUARKAN DARI PETI SEJUK DAHULU UNTUK PASTIKAN KULIT POPIA TAK KERAS(SUSAH NAK GULUNG)*
 
1)  Tumbuk bawang dan lada hidup(nak ricih pun boleh).Potong daging/ayam/sosej kecil-kecil supaya mudah untuk digulung nanti.

2)  Panaskan minyak.Tumiskan bahan yang dah ditumbuk tadi.Bila bawang dah naik bau,masukkan daging/ayam/sosej tadi.

3)  Bila agak masak,basuh dan toskan sayuran campur,lalu dimasukkan ke dalam bahan-bahan tadi.Biarkan sampai sayuran tadi tu masak.Campurkan garam ikut citarasa.

4)  Bila sayuran dah masak,pecahkan telur dan gaul ke semua bahan tadi bersama hingga sebati.Masak sampai inti kering(kalau inti lembap,kulit popia akan mudah koyak masa digulung nanti). 

5)  Bila inti dah sejuk,baru mulakan proses meggulung.Masukkan inti popia ke atas kulit popia tadi.Gulung ikut arahan yg ditunjukkan pada gambar di pembalut plastik kulit popia.Lekatkan gulungan dengan cara sapu sedikit telur pada penghujung lipatan popia/

6)  Goreng popia dalam kuali yg berisi minyak dengan api yg sederhana hingga warna berubah kuning keemasan.

Cara menghidang:
* Bila angkat popia yg dah masak,toskan minyak dgn cara letak popia  tu secara berdiri dlm bekas yg tinggi yg dah dilapik dgn tisu.

*  Hidang  dengan sos cili atau sos keropok lekor bila dah sejuk.lagi sedap kalau dapat tuang sos sira dia tu...
                                        
                                  SELAMAT MENCUBA 



         Disebabkan saya masih bercuti lagi hari ni,saya rancang nak masak lagi petang ni.Tapi nampaknya kena kemas rumah terlebih dahulu sbb pagi tadi 'si kecil Nisa' dah tolong saya 'kemas' barang permainan dia.Apa nak masak lepas ni??Hmmmm...Puding koktel dan mi goreng,mungkin..Tunggu je resepi yg seterusnya.Moga2 sama-sama dapat berkongsi ilmu memasak untuk memastikan hati sang suami sentiasa senang hati'    GENDANG GENDUT TALI KECAPI,KENYANG PERUT CIK ABANG SENANG HATI....

                 

Thursday, December 23, 2010

"ERTI HIDUP PADA MEMBERI"

     "ERTI HIDUP PADA MEMBERI" itulah ungkapan yang sering diulang-ulang oleh seorang penulis blog yang sangat saya kagumi,Ustaz Hasrizal Abdul Jamil pemilik blog saifulislam.com yang setiap hari saya lawati.Tidak boleh saya katakan tidak pada ungkapan keramat tersebut kerana sememangnya kehidupan adalah begitu."MEMBERI" mengikut ungkapan tersebut telah menggambarkan akan pentingnya saling berkongsi dalam kehidupan berumahtangga.Prinsip "sharing is carring" yang saya pegang sebaik sahaja akad dilafazkan oleh en.suami, saya genggam erat.
        Tanggal 9 Januari 2009,saya telah ditakdirkan untuk menjadi suri dalam hidup suami saya,HISHAMUDDIN BIN HAYAT@MD AMIN setelah hampir setahun pertunangan kami.Sesungguhnya ALLAH telah mengkabulkan doa insan kerdil ini untuk dijanjikan jodoh 'orang sekampung'. Sebelum keputusan diambil untuk mendirikan mahligai yang sangat besar tanggungjawab untuk menjaga keselamatannya,sy sering mengulang-ulang bertanya pada suami(bakal suami pada masa itu) samada dia boleh menerima tugas saya yg menagih saya untuk bertugas mengikut syif terutama syif malam apatah lagi setelah dikurniakan anak nanti(merah padam juga muka bila soalan itu ditanya).Janji yang diberikan sewaktu bertemu dgn mak dan abah meyakinkan saya bahawa dia adalah yang terbaik buat saya ditambah pula dengan petunjuk sang pencipta yg meggerakkan hati saya untuk menerima lamaran daripada si dia.

 Tidak lama selepas pernikahan kami,ALLAH telah kabulkan untuk kami bergelar IBU dan AYAH.Setiap hari dinanti dengan penuh rasa tidak sabar dan teruja untuk menimang anakanda tercinta.Penantian kami berakhir pada 21 Oktober 2009@2219Hrs.Lahirlah puteri sulung kami yang diberi nama KHAIRUNNISA FARHANA BINTI HISHAMUDDIN.Cukup sempurna kejadiannya.Dengan izinNYA,sy berjaya menyusukan anakanda secara eksklusif walaupun banyak rintangan yg boleh menghalang kejayaannya.Setelah habis tempoh berpantang,hati mula tak keruan bila memikirkan sy akan kembali semula bekerja.Sesak kepala memikirkan perangai anak kala bersama 'baby sitter' kelak,kesanggupan pengasuh untuk menjayakan penyusuan eksklusif sy dan yang paling merunsingkan...SAYA AKAN MENINGGALKAN ANAK SAYA SEWAKTU SAYA BERTUGAS SYIF MALAM BERSAMA SUAMI!!!!!Yaa,itulah cabaran yg sangat berat buat saya dan suami.Suami saya adalah anak bongsu yg langsung tidak pernah mendukung seorang bayi(anak saudara paling kecil yg pernah didokong berumur tiga tahun).Air mata sangat ringan waktu itu setiap kali memikirkannya hinggakan saya menyatakan hasrat saya kepada suami untuk berhenti kerja.Berkat nasihat mak dan suami saya yang meyakinkan saya supaya BERTAWAKAL mengembalikan ketenangan dalam hati.Akhirnya sy menjalani hari-hari bertugas sy dengan baik walaupun masih terselit rasa gundah setiap kali kaki ingin melangkah meninggalkan dua buah hati yg amat saya sayangi.Pernah suatu hari,saya bertugas syif malam.Pukul dua pagi saya terpaksa pulang sebentar ke rumah yg jaraknya 25km dek kerana puteri kami menangis tidak henti-henti.Setelah disusukan,dia tidur lena sampai ke pagi hinggakan suami perlu mengejutknnya utk ke rumah pengasuh.

      Sehingga ke hari ini,suami saya begitu sabar dalam menjaga anakanda puteri kami apabila saya perlu keluar bertugas.Tidur malamnya tak seindah lena sahabat-sahabatnya yg lain,hujung minggu bukan masa beraktiviti bersama kawan-kawan seusia.Paling menyedihkan,bila migrain saya datang menyerang,segala urusan rumah dan anak bulat-bulat saya serahkan kepadanya.Kasihan suami saya...
       Sesungguhnya,jodoh yang telah dijanjikan olehNYA itu adalah yg terbaik buat kita.Tinggi harapan saya pada rumahtangga yg telah terbina ini.Semoga jodoh kami kekal bahagia dalam barakah ALLAH swt dengan limpahan rezeki halal yg berkat dan tak pernah putus hingga hujung nyawa yg dipinjamkan olehNYA.Berilah petunjuk kepada kami suami isteri dalam mendidik zuriat keturunan kami agar tidak terpesong drpd ajaran yg maha suci ini.Saya akui,tanpa pertolongan yg dihulurkan oleh suami,sudah tentu kehidupan saya tidak akan seperti ini.Betapa besarnya makna "ERTI HIDUP PADA MEMBERI".
                        TERIMA KASIH ABANG!!!!!!


Wednesday, December 8, 2010

ASSALAMUALAIKUM

     Setelah sekian lama berangan-angan dan mengimpikan untuk menghasilkan sebuah blog,akhirnya hari ini DIA telah mengizinkan saya memulakan sebuah catatan dalam laman kecil ini.Saya merupakan seorang pengikut tegar laman blog lunatots dan saifulislam.com.Rasa cemburu sering menghantui tangkai hati saya untuk menjadi seperti kedua orang pemilik blog tersebut kerana hasil tulisan mereka yang sentiasa membawa saya bersama-sama dalam kehidupan mereka.Membaca tak pernah jemu hingga ke akhir ayat cerita mereka.Ditambah pula dengan pengikut yang sebegitu ramai jumlahnya.
     Tidak pernah terlintas untuk mengimpikan laman yg baru terhasil ini menjadi ikutan,cukup sekadar ia menjadi wadah untuk saya melontarkan pandangan,menjadi bahu utuk saya menumpang esak tangis dan rakaman catatan tentang kehidupan yang entah sampai bila akan dipinjamkan.
     Sesungguhnya kehidupan itu sangat indah dilalui andai nilai kasih sayang itu di atas landasan yang menjunjung 'tali ALLAH swt'.

Add caption