Thursday, December 23, 2010

"ERTI HIDUP PADA MEMBERI"

     "ERTI HIDUP PADA MEMBERI" itulah ungkapan yang sering diulang-ulang oleh seorang penulis blog yang sangat saya kagumi,Ustaz Hasrizal Abdul Jamil pemilik blog saifulislam.com yang setiap hari saya lawati.Tidak boleh saya katakan tidak pada ungkapan keramat tersebut kerana sememangnya kehidupan adalah begitu."MEMBERI" mengikut ungkapan tersebut telah menggambarkan akan pentingnya saling berkongsi dalam kehidupan berumahtangga.Prinsip "sharing is carring" yang saya pegang sebaik sahaja akad dilafazkan oleh en.suami, saya genggam erat.
        Tanggal 9 Januari 2009,saya telah ditakdirkan untuk menjadi suri dalam hidup suami saya,HISHAMUDDIN BIN HAYAT@MD AMIN setelah hampir setahun pertunangan kami.Sesungguhnya ALLAH telah mengkabulkan doa insan kerdil ini untuk dijanjikan jodoh 'orang sekampung'. Sebelum keputusan diambil untuk mendirikan mahligai yang sangat besar tanggungjawab untuk menjaga keselamatannya,sy sering mengulang-ulang bertanya pada suami(bakal suami pada masa itu) samada dia boleh menerima tugas saya yg menagih saya untuk bertugas mengikut syif terutama syif malam apatah lagi setelah dikurniakan anak nanti(merah padam juga muka bila soalan itu ditanya).Janji yang diberikan sewaktu bertemu dgn mak dan abah meyakinkan saya bahawa dia adalah yang terbaik buat saya ditambah pula dengan petunjuk sang pencipta yg meggerakkan hati saya untuk menerima lamaran daripada si dia.

 Tidak lama selepas pernikahan kami,ALLAH telah kabulkan untuk kami bergelar IBU dan AYAH.Setiap hari dinanti dengan penuh rasa tidak sabar dan teruja untuk menimang anakanda tercinta.Penantian kami berakhir pada 21 Oktober 2009@2219Hrs.Lahirlah puteri sulung kami yang diberi nama KHAIRUNNISA FARHANA BINTI HISHAMUDDIN.Cukup sempurna kejadiannya.Dengan izinNYA,sy berjaya menyusukan anakanda secara eksklusif walaupun banyak rintangan yg boleh menghalang kejayaannya.Setelah habis tempoh berpantang,hati mula tak keruan bila memikirkan sy akan kembali semula bekerja.Sesak kepala memikirkan perangai anak kala bersama 'baby sitter' kelak,kesanggupan pengasuh untuk menjayakan penyusuan eksklusif sy dan yang paling merunsingkan...SAYA AKAN MENINGGALKAN ANAK SAYA SEWAKTU SAYA BERTUGAS SYIF MALAM BERSAMA SUAMI!!!!!Yaa,itulah cabaran yg sangat berat buat saya dan suami.Suami saya adalah anak bongsu yg langsung tidak pernah mendukung seorang bayi(anak saudara paling kecil yg pernah didokong berumur tiga tahun).Air mata sangat ringan waktu itu setiap kali memikirkannya hinggakan saya menyatakan hasrat saya kepada suami untuk berhenti kerja.Berkat nasihat mak dan suami saya yang meyakinkan saya supaya BERTAWAKAL mengembalikan ketenangan dalam hati.Akhirnya sy menjalani hari-hari bertugas sy dengan baik walaupun masih terselit rasa gundah setiap kali kaki ingin melangkah meninggalkan dua buah hati yg amat saya sayangi.Pernah suatu hari,saya bertugas syif malam.Pukul dua pagi saya terpaksa pulang sebentar ke rumah yg jaraknya 25km dek kerana puteri kami menangis tidak henti-henti.Setelah disusukan,dia tidur lena sampai ke pagi hinggakan suami perlu mengejutknnya utk ke rumah pengasuh.

      Sehingga ke hari ini,suami saya begitu sabar dalam menjaga anakanda puteri kami apabila saya perlu keluar bertugas.Tidur malamnya tak seindah lena sahabat-sahabatnya yg lain,hujung minggu bukan masa beraktiviti bersama kawan-kawan seusia.Paling menyedihkan,bila migrain saya datang menyerang,segala urusan rumah dan anak bulat-bulat saya serahkan kepadanya.Kasihan suami saya...
       Sesungguhnya,jodoh yang telah dijanjikan olehNYA itu adalah yg terbaik buat kita.Tinggi harapan saya pada rumahtangga yg telah terbina ini.Semoga jodoh kami kekal bahagia dalam barakah ALLAH swt dengan limpahan rezeki halal yg berkat dan tak pernah putus hingga hujung nyawa yg dipinjamkan olehNYA.Berilah petunjuk kepada kami suami isteri dalam mendidik zuriat keturunan kami agar tidak terpesong drpd ajaran yg maha suci ini.Saya akui,tanpa pertolongan yg dihulurkan oleh suami,sudah tentu kehidupan saya tidak akan seperti ini.Betapa besarnya makna "ERTI HIDUP PADA MEMBERI".
                        TERIMA KASIH ABANG!!!!!!


No comments:

Post a Comment