Terlalu lama saya tidak menjenguk apatah lagi mencatat apa-apa dalam laman ini.Bukan kerana sibuk,tetapi dek kerana rasa 'malas' untuk berebut laptop mahupun PC dengan anakanda puteri sy yg sangat 'pantang' bila melihat ia terbuka.Selama tempoh tersebut,pelbagai cerita sebenarnya ingin saya kongsikan.Sebagai seorang ibu,tika anak diberikan kesihatan itulah saat yg sangat menyenangkan.Melihat senyum dan tawa mereka,cukup membahagiakan.Tetapi,bila datang masa Allah swt ingin menguji kita dengan ketidaksihatan anak,sememangnya itulah saat getir dan membuatkan kita benar-benar lemah.Itulah apa yg saya dan suami pernah rasakan pada hari pertama apabila anakanda kami Khairunnisa Farhana dimasukkan ke wad.Tetapi,bila berjumpa dgn ibu bapa yg anak mereka turut dimasukkan ke wad,kami insaf kerana nasib kami jauh lebih baik berbanding mereka.
Tanggal 7 Mac 2011,saya dan suami nekad membawa Nisa' skali lagi ke A&E PPUM bila suhu badan Nisa' mencecah 40.1C. Sebelum itu,sudah 2 kali kami membawa Nisa' ke A&E,tp disuruhbalik semula ke rumah kerana dikatakan cuma Viral Fever.Kebimbangan kami betul-betul jadi kenyataan bila doktor mengarahkan Nisa' perlu dimasukkan ke wad Pediatrik 2 kerana telah didiagnosekan sebagai Rt Lower Lobe Pneumonia.Ya Allah,kesihannya anak kami.Betapa ringannya air mata masa tu apatah lagi sewaktu mendengar Nisa' meraung-raung minta dikasihani bila kedua-dua tangan dan kakinya ditusuk jarum.Sepanjang tempoh Nisa' ditahan,macam-macam yang saya fikirkan.Benar kata seorang sahabat saya suatu masa dulu,bila kita banyak tahu tentang satu penyakit tu,lagi teruk rasa risau kita.Ya,memang itulah yang saya alami.Saya cuba buang rasa takut itu jauh-jauh,tapi makin cuba untuk saya buang perasaan tu,makin ia berlari-lari mengecamukkan hati saya ni.Alhamdulillah,setelah 4 hari Nisa, menerima rawatan,akhirnya dibenarkan Dugaan kesihatan Nisa' tidak berhenti setakat itu sahaja,seminggu kemudian Nisa' mengalami cirit birit dan muntah yang teruk(Acute Gastroanteritis-AGE) sehinggakan anakanda puteri kesayangan kami itu tidak mampu berdiri sewaktu saya membawanya ke tandas untuk mencuci najis yg sudah keciciran di ruang tamu."ALLAH...kenapa dengan anak aku??"Air mata kembali ringan berjujuran.Segera saya bawa Nisa' ke A&E walaupun ini adalah kali ke 2 juga saya membawanya ke A&E hospital saya sendiri.Seperti yang saya jangkakan,sekali lagi saya diminta pulang semula ke rumah atas alasan Nisa' masih mampu menangis dengan keluar air mata.Sangat tidak puas hati dan hairan dengan pengurusan hospital sendiri terhadap staf mereka,saya nekad membawa Nisa' ke Pusat Rawatan Pakar Kanak-Kanak An-Nur,Bangi.Masuk saje ke bilik Dr.Khairul,perkataan pertama Dr itu ialah "kenapa anak Puan nampak dry sgt ni?"(walaupun masa tu tak sentuh pun lagi).Arahan seterusnya,Nisa' mesti masuk wad.Tapi saya tolak arahan masuk awad di An-Nur(bayaran RM450-RM500 utk 1 malam..humanggaiiiiii...bapak mahal..)Nak buat apa,saya staf hospital di tambah pula suami saya staf kerajaan,terlebih duit sgt kot kalau sanggup juga admit kat situ.Saya minta Dr.Khairul buat Refferal Latter kpd pihak hospital saya.Akhirnya,dapat juga Nisa' masuk wad(lagi!!) dan paling buat saya terkejut,bacaan Potasium/K+ Nisa' adalah 2.0!!!Gila,nk suruh nilai bacaan turun sampai berapa baru boleh anak saya dimasukkan ke wad???
Baru-baru ni,anak seorang sahabat saya juga baru dimasukkan ke wad atas masalah usus.Saya faham malah sangat-sangat faham apa yang dirasai oleh sahabat saya itu.Semoga Allah swt mengembalikan kesihatannya seperti sediakala.Dan pagi ini juga(sewaktu saya kebosanan menunggu kereta saya di pusat servis Proton),rancangan Nasi Lemak Kopi O menghidangkan kisah anak kepada seorang ahli kumpulan Raihan,Che'Amran tentang anak mereka yang menghidap Brain Tumor dan mengharapkan bantuan utk rawatan anak mereka.InsyaAllah,saya akan membeli sebuah buku yang telah beliau hasilkan.Sekurang-kurangnya,walau saya tak bisa menghulurkan sumbangan yg banyak,nilai RM25 utk sebuah buku beliau itu memberikan secebis makna.