Monday, May 14, 2012

* MEI 2012 *

       Salam buat semua...Hmmmm..Pejam celik,pejam celik cepat je masa berlalu.Dah masuk bulan Mei.Rasa macam baru je orang kecoh2 sambut tahun baru 2012.Maknanya kita pun dah makin tua matang(matang la sangat...).Bulan Mei ni,memang banyak hari memperingati.Tu yang sampai tak teringat-ingat tu.Hari Ibu lah,Hari Belia lahh,Hari Guru lahhh...dannnn paling mesti tak lupa,HARI JURURAWAT.Bangga dan bersyukur sebab saya disambut utk Hari Ibu dan Hari Jururawat dan saya harap,satu hari nanti saya juga kan menyambut Hari Guru,insyaAllah moga rezeki ALLAH swt menyebelahi saya.Tapi,jadi nurse ni pun,cikgu jugak pe..Educate pesakit..ok la tu..
      

                 *  12 MEI = HARI JURURAWAT  *

      Memang kalau tanya pada orang sekeliling,kebanyakan orang tak tau adanya sambutan hari jururawat.Kesian kan insan-insan bergelar jururawat.Demi ALLAH,kami menjaga kalian dan keluarga kalian sepanjang di wad sama seperti sayangnya kami pada keluarga sendiri.Kami sangat susah untuk bercuti.Kadang-kadang,ayah,mak,anak atau suami sendiri tak sihat pun,kami masih datang kerja walaupun hati sedikit berat.Harapan sangat tinggi supaya ALLAH mudahkan dan sentiasa memberi kesejahteraan buat keluarga kami sepanjang kami  meninggalkan mereka untuk bertugas.
   Sape pulak perempuan nih???Haa...ni la dia Florance Nightingal.Hari Jururawat ni diambil sempena tarikh kelahiran beliau.Mengikut sejarah,beliau digelar "The lady with the lamp”, maksudnya “Wanita bersama dengan lampunya”(betul la kan kalau translate ke BM???).Tapi apasal la orang panggil gitu?Diceritakan masa zaman perang Crimean dalam tahun1854, beliau selalu melawat dan merawat tentera perang pada waktu malam sambil bawa lampunya untuk melihat askar-askar perang yang cedera yang memerlukan bantuan(cam buat ward round la..)


      Florence juga adalah seorang penulis dan telah menulis sebuah buku yang bertajuk ” Notes on Nursing” iaitu buku pengenalan tentang kejururawatan yang mengandungi 136 muka surat.Beliau juga adalah seorang yang berpengetahuan dan seorang pakar statistik.Florence Nightingale telah meninggal dunia pada 13 Ogos 1910 di bilik tidurnya masa umur 90 tahun.
    Walau apa pun sejarah pasal Florance Nightingal ni,jangan sekali-kali kita lupa tetang peranan serikandi Islam yang sangat besar pengorbanannya sepanjang tempoh penyebaran agama suci kita.Antaranya,isteri junjungan besar kita,nabi Muhammad saw iaitu Saidatina Khadijah binti al-Khuwailid dan puteri-puteri baginda,Zainab,Ruqaiyah,Ummu Kalthum dan puteri bongsu baginda Fatimah az-Zahra r.h.a.Kekuatan mereka sepanjang tempoh nabi Muhammad menyebarkan Islam sangat memberikan kesan dan mereka juga dianggp sebagai tokoh jururawat muslimah dalam sejarah Islam.Kerana jasa baginda dan barisan srikndi itulah membawa kita hidup bertuah sebagai seorang muslim.
    
masa kursus CPR
      Semoga ALLAH swt memberkati hidup saya dan seluruh keluarga sepanjang tempoh bertugas sebagai seorang jururawat.Moga terpelihara hati saya daripada rasa tidak ikhlas apatah lagi mengungkit apa yang saya lakukan dalam tugas saya.SELAMAT HARI JURURAWAT buat semua insan mulia yang bergelar jururawat.Yakin lah,setiap titis keringat kita insyaAllah akan menjadi saksi untuk kita hidup senang 'di sana' kelak.AMIN...
ni antara kwn2 wad ICU..luv u all...




                                *    13 MEI = HARI IBU  *
Amin ya rabb...

      Tiap tahun,beberapa negara cam Malaysia,Brunei,Bangladesh dan Australia ambik tarikh ni untuk sambutan hari ibu.Kalau ikut sejarah,hari ibu ni disambut sempena penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka.Dalam tempoh ni, sebahagian orang Kristian akan berhenti buat atau makan makanan tertentu atas alasan agama sebagai tanda hormat kepada Mother Mary iaitu Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.
     Tu sebab kebelakangan ni,ramai para ilmuan agama memaklumkan kepada kita semua bahawa hari ibu tu haram disambut.Wallahu'alam..sy bukan seorang yg alim tentang agama.Saya tak berani menyangkal dengan mengatakan "ya..saya setuju" atau "tidak..saya tak setuju" tentang perkara ni.
      Apapun,sekalung peghargaan buat ibu saya Hajah Siti Mariam binti Haji Kaderi dan ibu mertua saya Pn Musliha binti Yusof kerana menjadi seorang ibu terbaik dan tabah dalam membesarkan saya dan suami.Semoga ALLAH swt menjanjikan syurga buat kalian berdua.Amin ya rabbal alamin..



 <   Mak saya..





             Mak mertua saya  >









                                  * 16 MEI =  HARI GURU *


     Masa zaman sekolah dulu,tiap kali 16 Mei je,mesti ada sambutan hari guru kat sekolah.Time tu la kadang-kadang rasa best sebab rehat kejap dari dok kat kelas(malas ke saya masa dulu ek????).Sebelum sampai hari tu,sibuk la nak cari hadiah apa nak bagi pada cikgu-cikgu kesayangan.Untungnya jadi cikgu kan..Tapi kesian tengok cikgu-cikgu sekarang.Banyak benda kena buat untuk betulkan student dorang yang kadang-kadang makin ramai yg buat keje tak betul.Bila marah lebih sikit,mak ayah pulak datang serang,masuk surat khabar,report polis.Tak pasal2 glamer tanpa sebab..
       SELAMAT HARI GURU buat abah,kak fiza(kakak saya),abg nazri(abg ipar saya),makcu(makcik saya),k.yani(kakak ipar saya) dan semua kenalan yg bergelar guru.Tak lupa buat guru-guru saya yang tak pernah saya lupa jasa bakti mereka.Berkat keringat kalian,saya menjadi seperti sekarang.Juga buat ibu saya,mak adalah guru saya di rumah.Sangat besar kesan tunjuk ajar mak dalam hidup saya..

Tuesday, March 20, 2012

SELAMAT DATANG SAYANG...

   Hmmmm...sewaktu saya menulis entry ini,saya sangat teruja,gembira yuhuuu...tapi tak lupa,syukur ALHAMDULILLAH kerana Allah swt mengizinkan saya dan suami untuk menikmati rasa kegembiraan itu sekali lagi dan kali ini akan kami kongsikan bersama puteri sulung kami(walaupun saya tahu,Nisa' bukan faham sesangat akan kegembiraan kami).Ya,saya positif atau dengan kata lainya,Alhamdulillah saya mengandung anak kedua kami sebagaimana yang kami amat harap-harapkan ia akan berlaku pada tahun ini.Dalam kegembiraan yang tak terhingga,memang terselit rasa bimbang yang amat sangat memandangkan kandungan saya baru saja mencecah 11 minggu.Masih terlalu awal,tapi amat besar harapan saya semoga bakal zuriat kedua ini kuat melekat pada rahim saya hingga selamat saya melahirkannya.

    Masih segar dalam ingatan saya sewaktu pertama kali mendapati timbul 2 garisan pada kit ujian kehamilan yang saya beli di Watson The Mines 2 tahun lepas iaitu semasa mengandungkan Nisa'.Gembira bukan kepalang,terus ajak suami buat ultrasound di Klinik Alam Damai.Sah!!Saya mengandung.Ya Allah,tak dapat digambarkan perasaan masa tu.Benar kata orang,saat partama dikhabarkan dengan kehadiran janin dalam rahim,adalah satu perasaan yang sukar dinyatakan dengan kata-kata.
     Memang sangat berbeza kandungan pertama dengan yang ke dua ini.Badan mudah letih dan mata selalu saja terlelap(tertidur dengan lama sebenarnya...).Dulu,sewaktu megandungkan Nisa',lepas penat bekerja di wad pun,saya mampu merayap berjam-jam lamanya.Tapi sekarang,ajak makan dekat dengan rumah pun,saya selalu menolak atas alasan,PENAT!!!...
     Saya harap sangat-sangat,Nisa' akak gembira,senang hati,sayang,sanggup berkongsi bla..bla..bla.. dengan adiknya nanti.Nisa' suka pegang perut saya dan cakap "Baby,kakak ni.Num cucu".Sangat senang dengan perbuatannya tu dan saya harap kekal sampai adiknya lahir nanti.'Nisa' and future adik,ibu dan ayah sayang kamu berdua..'


        DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHI.YA ALLAH,PELIHARALAH ANAKKU SELAMA DI DALAM KANDUNGANKU DAN SEMBUHKANLAH IA(DARI SEBARANG BALA,PENYAKIT DAN KECACATAN).ENGKAU MAHA PENYEMBUH,TIADA SEMBUHAN MELAINKAN PENAWARMU,SEMBUH YANG TIDAK MENINGGALKAN SEBARANG KESAN BURUK.YA ALLAH,LAHIRKAN ANAK DI DALAM KANDUNGANKU DENGAN KELAHIRAN YANG MUDAH DAN SEJAHTERA.
       YA ALLAH,JADIKANLAH ANAK INI SIHAT DAN SEMPURNA KEJADIANNYA,ELOKKANLAH PERANGAI DAN AKHLAKNYA,FASIHKANLAH LIDAHNYA DAN PERELOKKANLAH SUARANYA UNTUK MEMBACA HADIS DAN AL-QURAN DENGAN BERKAT NABI MUHAMMAD SAW..AMIN YA RABBAL ALAMIN...

Thursday, February 2, 2012

NIKMAT KESIHATAN ITU INDAH..

     Terlalu lama saya tidak menjenguk apatah lagi mencatat apa-apa dalam laman  ini.Bukan kerana sibuk,tetapi dek kerana rasa 'malas' untuk berebut laptop mahupun PC dengan anakanda puteri sy yg sangat 'pantang'  bila melihat ia terbuka.Selama tempoh tersebut,pelbagai cerita sebenarnya ingin saya kongsikan.Sebagai seorang ibu,tika anak diberikan kesihatan itulah saat yg sangat menyenangkan.Melihat senyum dan tawa mereka,cukup membahagiakan.Tetapi,bila datang masa Allah swt ingin menguji kita dengan ketidaksihatan anak,sememangnya itulah saat getir dan membuatkan kita benar-benar lemah.Itulah apa yg saya dan suami pernah rasakan pada hari pertama apabila anakanda kami Khairunnisa Farhana dimasukkan ke wad.Tetapi,bila berjumpa dgn ibu bapa yg anak mereka turut dimasukkan ke wad,kami insaf kerana nasib kami jauh lebih baik berbanding mereka.
     Tanggal 7 Mac 2011,saya dan suami nekad membawa Nisa' skali lagi ke A&E PPUM bila suhu badan Nisa' mencecah 40.1C. Sebelum itu,sudah 2 kali kami membawa Nisa' ke A&E,tp disuruhbalik semula ke rumah kerana dikatakan cuma Viral Fever.Kebimbangan kami betul-betul jadi kenyataan bila doktor mengarahkan Nisa' perlu dimasukkan ke  wad Pediatrik 2 kerana telah didiagnosekan sebagai Rt Lower Lobe Pneumonia.Ya Allah,kesihannya anak kami.Betapa ringannya air mata masa tu apatah lagi sewaktu mendengar Nisa' meraung-raung minta dikasihani bila kedua-dua tangan dan kakinya ditusuk jarum.Sepanjang tempoh Nisa' ditahan,macam-macam yang saya fikirkan.Benar kata seorang sahabat saya suatu masa dulu,bila kita banyak tahu tentang satu penyakit tu,lagi teruk rasa risau kita.Ya,memang itulah yang saya alami.Saya cuba buang rasa takut itu jauh-jauh,tapi makin cuba untuk saya buang perasaan tu,makin ia berlari-lari  mengecamukkan hati saya ni.Alhamdulillah,setelah 4 hari Nisa, menerima rawatan,akhirnya dibenarkan
keluar.
     
    Dugaan kesihatan Nisa' tidak berhenti setakat itu sahaja,seminggu kemudian Nisa' mengalami cirit birit dan muntah yang teruk(Acute Gastroanteritis-AGE) sehinggakan anakanda puteri kesayangan kami itu tidak mampu berdiri sewaktu saya membawanya ke tandas untuk mencuci najis yg sudah keciciran di ruang tamu."ALLAH...kenapa dengan anak aku??"Air mata kembali ringan berjujuran.Segera saya bawa Nisa' ke A&E walaupun ini adalah kali ke 2 juga saya membawanya ke A&E hospital saya sendiri.Seperti yang saya jangkakan,sekali lagi saya diminta pulang semula ke rumah atas alasan Nisa' masih mampu menangis dengan keluar air mata.Sangat tidak puas hati dan hairan dengan pengurusan hospital sendiri terhadap staf mereka,saya nekad membawa Nisa' ke Pusat Rawatan Pakar Kanak-Kanak An-Nur,Bangi.Masuk saje ke bilik Dr.Khairul,perkataan pertama Dr itu ialah "kenapa anak Puan nampak dry sgt ni?"(walaupun masa tu tak sentuh pun lagi).Arahan seterusnya,Nisa' mesti masuk wad.Tapi saya tolak arahan masuk awad di An-Nur(bayaran RM450-RM500 utk 1 malam..humanggaiiiiii...bapak mahal..)Nak buat apa,saya staf hospital di tambah pula suami saya staf kerajaan,terlebih duit sgt kot kalau sanggup juga admit kat situ.Saya minta Dr.Khairul buat Refferal Latter kpd pihak hospital saya.Akhirnya,dapat juga Nisa' masuk wad(lagi!!) dan paling buat saya terkejut,bacaan Potasium/K+ Nisa' adalah 2.0!!!Gila,nk suruh nilai bacaan turun sampai berapa baru boleh anak saya dimasukkan ke wad???
 Baru-baru ni,anak seorang sahabat saya juga baru dimasukkan ke wad atas masalah usus.Saya faham malah sangat-sangat faham apa yang dirasai oleh sahabat saya itu.Semoga Allah swt mengembalikan kesihatannya seperti sediakala.Dan pagi ini juga(sewaktu saya kebosanan menunggu kereta saya di pusat servis Proton),rancangan Nasi Lemak Kopi O menghidangkan kisah anak kepada seorang ahli kumpulan Raihan,Che'Amran tentang anak mereka yang menghidap Brain Tumor dan mengharapkan bantuan utk rawatan anak mereka.InsyaAllah,saya akan membeli sebuah buku yang telah beliau hasilkan.Sekurang-kurangnya,walau saya tak bisa menghulurkan sumbangan yg banyak,nilai RM25 utk sebuah buku beliau itu memberikan secebis makna.
      Subhanallah...Sungguh besar nikmat kesihatan yang kau kurniakan buat kami.Saat melihat anakanda puteri kesayangan kami Khairunnisa Farhana tersenyum dan kadangkala tergelak besar semasa bermain dengan ayahnya,benar-benar membuatkan hati saya gembira.Ya Allah,kekalkanlah nikmat kesihatan ini buat kami dan jadikanlah kami sebagai hambaMu yang bersyukur.AMIN YA RABBALALAMIN....