Masih segar dalam ingatan saya sewaktu pertama kali mendapati timbul 2 garisan pada kit ujian kehamilan yang saya beli di Watson The Mines 2 tahun lepas iaitu semasa mengandungkan Nisa'.Gembira bukan kepalang,terus ajak suami buat ultrasound di Klinik Alam Damai.Sah!!Saya mengandung.Ya Allah,tak dapat digambarkan perasaan masa tu.Benar kata orang,saat partama dikhabarkan dengan kehadiran janin dalam rahim,adalah satu perasaan yang sukar dinyatakan dengan kata-kata.
Memang sangat berbeza kandungan pertama dengan yang ke dua ini.Badan mudah letih dan mata selalu saja terlelap(tertidur dengan lama sebenarnya...).Dulu,sewaktu megandungkan Nisa',lepas penat bekerja di wad pun,saya mampu merayap berjam-jam lamanya.Tapi sekarang,ajak makan dekat dengan rumah pun,saya selalu menolak atas alasan,PENAT!!!...
Saya harap sangat-sangat,Nisa' akak gembira,senang hati,sayang,sanggup berkongsi bla..bla..bla.. dengan adiknya nanti.Nisa' suka pegang perut saya dan cakap "Baby,kakak ni.Num cucu".Sangat senang dengan perbuatannya tu dan saya harap kekal sampai adiknya lahir nanti.'Nisa' and future adik,ibu dan ayah sayang kamu berdua..'
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHI.YA ALLAH,PELIHARALAH ANAKKU SELAMA DI DALAM KANDUNGANKU DAN SEMBUHKANLAH IA(DARI SEBARANG BALA,PENYAKIT DAN KECACATAN).ENGKAU MAHA PENYEMBUH,TIADA SEMBUHAN MELAINKAN PENAWARMU,SEMBUH YANG TIDAK MENINGGALKAN SEBARANG KESAN BURUK.YA ALLAH,LAHIRKAN ANAK DI DALAM KANDUNGANKU DENGAN KELAHIRAN YANG MUDAH DAN SEJAHTERA.
YA ALLAH,JADIKANLAH ANAK INI SIHAT DAN SEMPURNA KEJADIANNYA,ELOKKANLAH PERANGAI DAN AKHLAKNYA,FASIHKANLAH LIDAHNYA DAN PERELOKKANLAH SUARANYA UNTUK MEMBACA HADIS DAN AL-QURAN DENGAN BERKAT NABI MUHAMMAD SAW..AMIN YA RABBAL ALAMIN...
