Friday, April 8, 2011

BOTOL BPA FREE VS BOTOL POLIKARBONAT


        Baru-baru ni,sana sini kita dengar ibu bapa terutamanya golongan ibu bercakap-cakap tentang botol susu bebas BPA.Sehinggakan ada yang berlumba-lumba bercerita tentang ketaksuban mereka dalam membeli botol susu yang terbaik untuk si manja masing-masing.Memang begitu sifat semulajadi ibu dan ayah,hanya ingin memastikan permata hati sentiasa selamat dan sihat.
     Apa itu BPA sebenarnya?Mengapa heboh benar sana sini orang berbincang tentangnya???
     BPA atau bisphenol A adalah sejenis bahan kimia yang biasanya digunakan dalam industri pembuatan bahan plastik contohnya bekas makanan plastik dan botol susu anak kita.Dikatakan,bahan kimia ni boleh mengganggu perkembangan otak bayi,mempengaruhi sikap anak-anak dan mengganggu proses perkembangan semulajadi kanak-kanak seperti cepat baligh.Paling takut bila dikatakan BPA ni punca kanser.Wah...Wah..Wah..Ni yang buat kita makin kecut perut ni.Mana taknya,bila difikir-fikir,anak kecil kita paling kerap terdedah dengan bahan kimia ni(bagi yang dari dulu pakai botol susu BPA free,anda mesti tengah menarik nafas lega kann...).Dalam sehari,berapa kali mereka terdedah dengannya?kalau sebulan?kalau setahun?kalau bertahun-tahun???Huhhhh...moga ALLAH swt melindungi permata hati kita dari semua yang kita bimbangkan tu.AMIN...
      Pada September 2010,Kanada menjadi negara pertama yang mengharamkan penggunaan botol susu yang mengandungi BPA dan selanjutnya akan diharamkan 100% diseluruh dunia termasuk Malaysia.
     Berbalik pada ketaksuban ibu bapa dalam memilih botol susu untuk anak-anak,adakah nanti harga botol susu bebas BPA akan dijual serendah harga botol susu yang biasa digunakan oleh ibu bapa yang kurang berkemampuan.Kita semua maklum bahawa botol susu bebas BPA harganya adalah jauh lebih mahal.Sedangkan botol susu polikarbinat boleh dibeli dengan harga RM6-RM10 untuk 3 botol.Saya terfikir tentang perkara ini sewaktu ibu saya datang ke rumah dan terkejut apabila mendapat tahu harga sebiji botol susu anak saya sama dengan harga 3peket susu anak saudara.Kemudian saya ceritakan kepada ibu saya tentang saranan agar tidak menggunakan botol susu biasa.Ibu saya menjawab"Hmm..Jenuh la orang kampung yang mengopek kelapa,menebas nak beli botol susu lepas ni."  Ada benarnya kata-kata ibu saya tu.Kalau misalnya botol susu polikarbonat benar-benar diharamkan di Malaysia kelak,harap sangat harganya diturunkan serendah kemampuan rakyat biasa.
      Pernah terdengar sahabat bersungguh-sungguh bercerita tentang jenama botol susu yang dibelikan kepada anaknya ditambah pula dengan warna pilihan yang cantik.Seorang sahabat ini hanya mampu diam sahaja.Saya tahu,jumlah anaknya yang lebih dari dua orang ditambah pula dengan hidup di bandar menjadikan dia tidak mampu memilikinya walaupun dia tahu tentang risiko botol susu yang ada sekarang.
      Bila dikatakan BPA ni mempengaruhi sifat kanak-kanak dan cepat baligh,takut juga mendengarnya.Adakah itu punca generasi sekarang lebih advance berbanding generasi sebelum ini?Masih di sekolah rendah sudah pandai buat benda yang bukan-bukan.Na'uzubillahiminzalik...Semoga ALLAH swt memelihara zuriat dan keturunan kita daripada bala keruntuhan moral yang makin menjadi-jadi kebelakangan ni.
     Saya tak berani nak kata "MARI KITA BELI BOTOL SUSU BEBAS BPA UNTUK ANAK-ANAK KITA" tapi seeloknya kita tukar botol susu yang ada sekarang kepada yg lebih baik mengikut saranan andai berkemampuan.Bagi yang kurang mampu,jangan binbang,ALLAH lebih tahu tentang apa yang kita tidak tahu.Doa dari ibu dan ayah itu tiada hijab nya,berdoalah semoga permata hati kita terpelihara daripada semua benda yabg kita takuti dan yang kita tak ingini...

No comments:

Post a Comment